Kemahiran Tinggi | Wujudkan SM Teknik di Sabah, kembang potensi pelajar

  • tahun lalu
Wujudkan Sekolah Menengah (SM) Teknik di Sabah bagi memberi ruang dan peluang kepada pelajar aliran kemahiran menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Perkara itu disuarakan Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah, Rina Jainal.

Tegas Rina, jika Kolej Vokasional sahaja yang menjadi pilihan, pelajar tidak mempunyai peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.