Sidang Dewan Rakyat | Isu pembaikan infrastruktur pasca banjir jadi tumpuan

  • tahun lalu
Isu pembaikan infrastruktur pasca banjir serta hukuman terhadap pihak yang membuat pencemaran air menjadi fokus sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali akan mengajukan soalan kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada sesi waktu-waktu pertanyaan menteri.

Beliau bertanyakan mengenai perancangan dan pelan tindakan kerajaan Madani dalam melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur serta kemudahan luar bandar pasca banjir.