Tabung Haji | 23 syarikat diberi Lesen Pengelola Jemaah Haji tahun ini

  • tahun lalu
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 22 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya, Th Travel Services Sdn Bhd, bagi musim haji 1444h / 2023.

Pengarah Eksekutif TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pemilihan tersebut bagi memastikan syarikat pelancongan tempatan yang terpilih mampu memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji negara.