• last year
Kombinasi air, warna dan bau wangian bunga didapati dapat menurunkan hormon stres, meningkatkan rasa nyaman dan relaks serta menaikkan seri wajah terutama buat bakal mempelai.

Jenis bunga yang berlainan warna dan berbau harum dari segi saintifik mempunyai tenaga yang akan bertindak balas dengan tenaga dalaman manusia.

Bunga dikatakan mampu menyerap tenaga matahari yang paling baik manakala mandi dengan air bercampur bunga membolehkan kita mendapat kebaikan sama ada dari segi aura dan tenaga yang diserap dan diproses oleh bunga.

Maka sebab itulah mandi bunga dikatakan mampu menaikkan seri wajah, mengembalikan kesegaran tubuh dan membuatkan diri lebih tenang kerana khasiat pada bunga ini menyerap ke dalam tubuh manusia,

Seiring dengan peredaran masa, mandi bunga kini semakin mendapat perhatian dan menjadi pilihan wanita sama ada yang belum berkahwin, sudah berumah tangga atau bakal melangsungkan perkahwinan untuk kelihatan cantik, berseri dan menarik.

Recommended