Banjir | Laluan darat terputus, bekalan makanan sukar diagih

  • tahun lalu
Sekurang-kurangnya tiga kampung sekitar Segama, Lahad Datu terputus hubungan darat selepas lapan laluan utama tidak dapat dilalui akibat banjir.

Kampung yang terjejas adalah Kampung Sepadulang, Kampung Segama Batu 8 dan Kampung Lituk Pulau.

Situasi ini mencetuskan kebimbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Segama, Rasidah Damrah, kerana masih ada penduduk kampung yang belum dipindahkan dan kini terputus bekalan makanan.