Banjir | Kawasan kediaman Kota Tinggi dinaiki air

  • tahun lalu
Situasi banjir yang melanda daerah Kota Tinggi kian memburuk apabila jumlah mangsa mencatatkan peningkatan setakat 7 petang tadi.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengurusan Banjir Daerah, kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi merekodkan seramai 131 mangsa banjir.

Angka itu dijangka akan terus meningkat, meskipun keadaan dan cuaca di Kota Tinggi beransur reda.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai situasi banjir di daerah itu, kita bersama wakil Astro Awani di Johor, Muhammad Aiman Hakeem.