PAU2022 | Di mana demokrasi UMNO?

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Mujibu Abd Muis mengulas isu dua jawatan tertinggi UMNO melibatkan Presiden dan Timbalan yang sah tidak dipertandingkan pada Pemilihan UMNO akan datang.

Menurut laporan, Ketua Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu dicapai dan mendapat persetujuan majoriti daripada perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022).

Katanya, keputusan dimuktamadkan selepas perwakilan bangun dan mengangkat tangan pada sesi pengundian agar dua jawatan berkenaan tidak dipertandingkan.