PAU2022 | Hishammuddin tolak dakwaan kononnya pengkhianat parti

  • tahun lalu
Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menolak sekeras-kerasnya tuduhan sebagai pengkhianat parti selepas nama beliau dikaitkan antara 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Menurut Ahli Parlimen Sembrong itu, keputusan memberikan surat akuan berkanun (SD) dibuat kerana kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah bercanggah dengan parti.

Bagaimanapun, jelas Hishammuddin sebaik sahaja parti membuat keputusan berkecuali, kesemua mereka telah menarik balik SD berkenaan.