Jenayah | Rampas dadah bernilai RM1.4 juta, empat termasuk pelajar

  • tahun lalu
Polis menahan empat lelaki termasuk pelajar sekolah berusia 16 tahun bagi membantu siasatan penemuan dadah jenis ketamin bernilai lebih RM1.4 juta.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata penahanan itu dibuat selepas penemuan dadah dalam bonet sebuah kereta jenis perodua Myvi pada sekatan jalan raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Kampung Laloh, Kuala Krai pagi Jumaat.