Pasangan kekasih didakwa bunuh budak 4 tahun

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 5 JANUARI 2023

Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Felda Semenchu, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor pada Disember lalu.

Mohamad Izwan Mahmood berusia 25 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan.

Manakala kakak mangsa itu Nurul Natashah Danial@Zainal berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganiaya, dan menyebabkan Lokman mengalami kecederaan fizikal, di Jalan Kampung Sri Pantai, Senggarang, Batu Pahat, Johor antara 10 pagi hingga 10 malam pada November hingga Disember lalu.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3ilBSKl

#BeritaSemasa #SinarHarian