Pelancong China | Jangan sekat kemasukan, tetapkan SOP ketat

  • tahun lalu
Persatuan Pelancongan Sandakan tidak bersetuju sekiranya sekatan dikenakan ke atas kemasukan pelancong daripada China.

Presidennya, Teo Chee Kim berkata, ia adalah langkah kebelakang kerana COVID-19 tidak mampu dihapuskan sepenuhnya.

Ia juga akan menyebabkan pelancong China pergi ke negara jiran seperti Thailand dan Indonesia dan sekali lagi menjejaskan sektor pelancongan yang baru sahaja bernafas kembali.

Justeru menetapkan SOP ketat lebih realistik.