Tampar Pemain | Jurulatih digantung terlibat aktiviti kebangsaan

  • tahun lalu
Jurulatih pasukan bola tampar yang menampar pemainnya menerusi rakaman video yang tular di media sosial telah digantung daripada melibatkan diri di dalam semua aktiviti kebangsaan, sehingga siasatan selesai.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian disahkan berlaku ketika kejohanan bola tampar remaja bawah 14 tahun di Kota Tinggi, Johor pada 14 hingga 16 Disember tahun lepas.