Dakwah Islam | RISEAP guna platform digital dan konvensional

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara Dan Pasifik (RISEAP) sedia beradaptasi dengan platform digital sebagai medium penyampaian dakwah sebagai nilai tambah kepada kaedah konvensional.

Setiausaha Agungnya Datuk Marzuki Omar berkata mengambil kira keberkesaan dan sambutan terhadap platform media sosial, riseap tidak mahu ketinggalan dalam arus transformasi teknologi yang kini dipelopori generasi muda.