Pulihkan Negara | Era Mahathir sudah berlalu, biar Anwar pimpin negara - Nazri

  • tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar menumpukan usaha memulihkan ekonomi negara dan tidak mengendahkan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar tidak penting buat masa ini kerana Perdana Menteri mempunyai tugas besar memimpin dan memulihkan ekonomi negara.