Banjir | Alatan memasak antara keperluan utama mangsa ketika ini

  • tahun lalu
Antara keperluan utama yang diperlukan mangsa banjir di Kampung Bulu, Setiu adalah peralatan memasak.

Ia selepas keperluan itu musnah dan hilang dihanyut air dalam kejadian banjir yang melanda kediaman mereka.

Beberapa penduduk yang ditemui berkata ia bagi memudahkan mereka untuk mengalas perut selepas kesemua peralatan termasuk periuk dan tong gas dihanyutkan air.