Krisis Afghanistan | Taliban gesa negara lain henti campur tangan

  • tahun lalu
Menteri Pengajian Tinggi dalam kerajaan Taliban pada Khamis mempertahankan keputusannya untuk mengharamkan wanita daripada mendapatkan hak pendidikan di universiti.

Ujar Nida Mohammad Nadim, tindakannya yang mencetuskan kritikan dari serata dunia itu adalah perlu bagi mengelakkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan kerana ia jelas melanggar prinsip Islam.