Zool Amali keluar UMNO, sertai Pas

  • 2 tahun lalu
BERITA SEMASA 18 DISEMBER 2022

UMNO yang dilihat sudah lari daripada perjuangan sebenar menjadi faktor Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin memilih untuk keluar dari parti itu berkuat kuasa pada semalam.

Malah secara rasminya beliau mengumumkan akan berjuang bersama Pas dan menjangkakan lebih ramai ahli UMNO yang akan mengikut jejak langkah beliau selepas ini.

Menurut Zool Amali, bukan mudah untuknya membuat keputusan itu tetapi dia perlu berhijrah selain sudah hilang kepercayaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel: https://bit.ly/3HLi8ua

#BeritaSemasa #SinarHarian