Harimau Malaya | Tiket perlawanan menentang Laos dan Singapura diturunkan

  • 2 tahun lalu
Harga tiket dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 diantara Laos dan Singapura akan diturunkan serendah RM30.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan media pada Rabu.Jelas Hamidin, keputusan itu diambil selepas mengambil kira reaksi daripada pelbagai pihak terutama penyokong Harimau Malaya.