Penyelidikan | Pharmaniaga, BioNet meterai RCA vaksin Hexavalent

  • 2 tahun lalu
Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) menerusi anak syarikatnya, Pharmaniaga Lifescience Sdn Bd (PLS) dan BioNet-asia Co Ltd (BioNet) menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) bagi membangunkan vaksin kombinasi 6 dalam 1 atau vaksin Hexavalent untuk kanak-kanak di Malaysia.

Kedua-dua syarikat itu akan membangunkan formulasi yang dijadual siap pada akhir 2023.