Cuaca Buruk | Puluhan penerbangan di UK terpaksa digantung

  • 2 tahun lalu
Semua penerbangan digantung di Lapangan Terbang Stansted, UK selepas landasannya terpaksa ditutup kerana cuaca buruk.

Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick juga membatalkan serta menangguhkan penerbangan selepas salji, ais dan kabus beku melanda sebahagian besar negara itu.