Presiden Baharu | Dina Boluarte angkat sumpah jawatan

  • 2 tahun lalu
Naib Presiden Peru, Dina Boluarte mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden baharu, menjadikannya wanita pertama yang memegang jawatan Presiden dalam sejarah negara itu.

Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan di Dewan Kongres, Boluarte menyeru kepada gencatan politik dan penubuhan kerajaan perpaduan.