Lawatan YDPA Ke UAE | Saksikan MoU antara PETRONAS dengan ADNOC

  • 2 tahun lalu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Presiden UAE Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan hadir pada majlis menandatangani perjanjian bersejarah antara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dengan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) di Abu Dhabi pada Isnin.

Perjanjian antara anak syarikat PETRONAS dengan ADNOC itu melibatkan kerjasama meneroka dan menilai unconventional onshore block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi wilayah Abu Dhafra.