Satu aduan jual telur kotor diterima di Johor

  • 2 tahun lalu
Satu aduan jual telur kotor diterima di Johor

BERITA SEMASA 5 DISEMBER 2022

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor, menerima satu aduan membabitkan penjualan telur kotor yang mengelirukan pengguna, dilaporkan berlaku di daerah Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, peniaga terlibat telah dipanggil bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

Dalam pada itu, Ting Han berkata, KPDNHEP Johor akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam usaha meningkatkan lagi pembekalan telur dan ayam di dalam pasaran, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Artikel: https://bit.ly/3UF163K

Muzik: Elevate dari Bensound dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti