Pasca PRU15 | PN blok pembangkang terbesar di DUN Pahang

  • 2 tahun lalu
Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan mempunyai bilangan pembangkang paling ramai dalam sejarah selepas Barisan Nasional (BN) menerima tawaran Pakatan Harapan (PH) dan bukannya dari Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dengan 17 kerusi DUN yang dimenangi, PN Pahang akan menjadi blok pembangkang yang sangat kuat di negeri itu.