Ringgit | Dijangka cecah semula paras 4.46 minggu ini

  • 2 tahun lalu
Ringgit dijangka menyaksikan aliran mengukuh dan mencecah semula paras 4.46 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, mengulangi paras diraih pada Ogos lepas.

Prestasi tersebut berikutan sentimen positif pasaran yang terus dipacu oleh jangkaan kenaikan kadar faedah selain rasa optimis terhadap kerajaan baharu susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).