Mahkamah | Lelaki pukul isteri dipenjara tiga bulan, denda RM2,000

  • 2 tahun lalu
Seorang ahli perniagaan yang tular kerana memukul isterinya di sebuah rumah, minggu lalu, dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kajang pada Selasa.

Tertuduh berusia 58 tahun itu dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.