Pergaduhan | Penyokong parti politik bergaduh, enam suspek ditahan

  • 2 tahun lalu
Polis Kedah menahan enam individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan antara dua kumpulan penyokong parti politik yang berlaku di hadapan Dataran Zero Sungai Petani pada jam 2.15 pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, selepas menerima laporan, polis berjaya menahan enam lelaki warga tempatan di kawasan Jalan Lagenda Heights sekitar 2 petang Ahad.