PRU15: PH pertahan Sepang

  • 2 tahun lalu
BERITA SEMASA 20 OKTOBER 2022

Pakatan Harapan mempertahankan Parlimen Sepang apabila calonnya, Raj Muni Aiman Athirah menang dengan majoriti 8,949 undi, laporan wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

Mengikut keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, beliau yang mendapat undi sebanyak 56,264 menewaskan tujuh calon lain termasuk bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun (PN) yang meraih 47,315 undi.

Selain itu, Aiman Athirah turut menewaskan Anuar Basiran daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 31,097 undi; Che Asmah Ibrahim (Pejuang) dengan 2,337; Daud Leong (PUR) 264 undi; Syahrul Amri Mat Sari (Bebas) 319, M.Muneswaran (Bebas) 194 undi, Nageswaran Ravi (PRM) 165 undi.

#BeritaSemasa #SinarHarian

Disyorkan