Suara Rakyat | Peniaga pantai Port Dickson mahu lesen yang sah

  • 2 tahun lalu
Melalui waktu yang cukup memeritkan ketika melalui fasa pandemik COVID-19 yang lalu, sebahagian peniaga di sekitar pantai Port Dickson sepatutnya mampu menarik nafas lega apabila sektor pelancongan kini dibuka sepenuhnya.

Namun ia mungkin mampu menjelmakan peluang yang lebih baik andai kemudahan asas di kawasan itu dinaik taraf selain status peniaga dan penjajanya mampu diberikan lesen atau permit yang sepatutnya.