GT Australia | Tunku Putera Johor dilaporkan selamat dalam kemalangan

  • 2 tahun lalu
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa syukur anakanda Baginda, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar tidak mengalami kecederaan selepas kereta dipandu ketika pusingan kelayakan GT World Challenge Australia, terbabas dan terbalik di litar di New South Wales pada Sabtu.

Sultan Ibrahim menzahirkan rasa syukur dan pada masa sama berpesan kepada puteranya itu agar terus kuatkan semangat, teruskan usaha dan harumkan nama Johor.