Projek Tebat Banjir | Rafizi dedah projek RM2 bilion lulus sebelum Parlimen bubar

  • 2 tahun lalu
Rafizi Ramli mendedahkan, surat yang didakwa bukti projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion di Sungai Langat 2, diluluskan kerajaan melalui rundingan terus kepada syarikat tertentu pada 7 Oktober.

Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, surat itu bertarikh hari sama Bajet 2023 dibentangkan di Parlimen, dan juga hari bekerja terakhir sebelum pembubaran Parlimen diumumkan pada 10 Oktober.