Kemalangan | Dua cedera, lima selamat nahas 4 kenderaan

  • 2 tahun lalu
Dua lelaki cedera manakala lima lagi selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 365 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan di sini lewat malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kemalangan itu membabitkan tiga buah lori dan sebuah kereta jenis Mercedes.