video_2022-11-10_11-22-57

  • 2 tahun lalu
Yb! Peniaga Dataran Batu Putih minta tolong!

BERITA SEMASA 10 NOVEMBER 2022

Komuniti peniaga di Dataran Batu Putih di Parlimen Marang berharap kawasan tarikan pelancong yang dibuka sejak 2019 itu dapat dinaik taraf menjadi kawasan pelancongan tani atau agropelancongan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Kemudahan bangsal pengunjung dan gerai peniaga dibina menggunakan atap nipah dan kayu bagi mengekalkan ciri-ciri tradisional dan tarikan semulajadi di situ, namun ia perlu sentiasa diselenggara.

Kebanyakan peniaga di situ berasa terbeban akibat kerosakan fasiliti yang sering berlaku terutama pada musim tengkujuh.

Selain itu, akses jalan ke lokasi yang memiliki daya tarikan semulajadi serta kaya dengan hasil bumi dan produk pertanian itu juga terhad disamping tiada kemudahan lampu jalan.

Dataran Batu Putih dijangka menjadi satu destinasi pelancongan baharu di daerah Marang dengan cadangan mewujudkan pasar terapung dan memusatkan jualan produk tempatan di lokasi berkenaan.

#BeritaSemasa #SinarHarian