• 2 years ago
Kebiasaannya, Lompat Tikam ini popular ketika bulan Ramadan. Namun kini, anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa sahaja. Menu yang popular di Kelantan ini terdiri daripada empat komponen utama pelbagai warna iaitu tepung hijau, kepala santan putih, pulut merah dan air gula Melaka perang. Menarik kan?

Kalau nak buat Lompat Tikam yang sedap, boleh buat sendiri di rumah. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Chef Amrin Ismail. Istimewanya resipi Chef Amrin ini adalah penggunaan Keju Perfect Italiano Parmesan yang ternyata berbeza dengan resipi yang lain.

Keju Perfect Italiano Parmesan ini merupakan keju tulen yang menambah rasa pada mana-mana hidangan. Gabungan rasa manis Lompat Tikam dan rasa masin keju ternyata tidak pelik. Malah, buat hidangan bertambah enak. Jadi, jangan lupa tonton video Chef Amrin Ismail dan cuba resipi ini di rumah ya. Anda pasti teruja melihat hasilnya.

Dairylicious Malaysia

#PerfectItalianoMY #DairyliciousMY #memikatrasaseisimalaysia #majalahrasa #rasashare #lompattikamcheese #resipi #recipe