Kubu kuat PKR di Sungai Buloh kini menjadi kerusi panas susulan tindakan BN menamakan Khairy Jamaluddin sebagai calon di sana. Lawatan Malaysiakini ke Sungai Buloh menunjukkan bahawa ramai penyokong PH kini dalam “dilema" untuk mengundi calon yang mana.
Ketika ditemui, mereka memaklumkan menyokong presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai calon PM namun pada masa sama tidak mahu melihat Khairy kalah.
Malah ada yang menjelaskan mereka akan lebih teliti dalam membuang undi dan mungkin membuat keputusan berdasarkan "personaliti dan bukan mengikut garis parti".
Parlimen Sungai Buloh yang dimenangi PKR dengan majoriti lebih 20,000 kali ini memperlihatkan pertembungan tujuh penjuru antara gabungan politik utama dan dua calon bebas.

Category
🗞
News