Rafizi: Simpanan saya RM2 juta pada usia 30 tahun

  • 2 years ago
Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini menyangkal dakwaan beliau telah menyalahgunakan dana awam untuk memperkayakan dirinya.

Katanya, dia telah memperoleh RM2 juta pada usia 30 tahun semasa bekerja dalam industri minyak dan gas.

Beliau turut mengecam pihak yang mempertikaikan nilai aset yang dimilikinya.

Rafizi berkata sebahagian besar daripada RM18.9 juta yang diisytiharkannya mewakili nilai saham dalam Invoke Solutions Sdn Bhd (Invoke), firma data yang diasaskannya pada 2016.

Sumber video: https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/849950516005508

Recommended