• 2 years ago
PAS menempelak calon BN Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi, yang mengaku masih lagi ahli parti itu meskipun bertanding menggunakan tiket BN.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata, ahli parti boleh terlucut keahlian apabila bertanding atas tiket parti lain.

Takiyuddin berkata, mana-mana ahli PAS bertanding atas tiket parti lain akan gugur keahlian parti itu secara automatik.

Sebelum ini, bekas wakil rakyat PAS, Che Abdullah cuba mempertahankan kerusi Tumpat yang dimenanginya dengan tiket BN, begitu juga dengan penyandang kerusi Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali.

Category

🗞
News

Recommended