PRU15 | ‘Ada udang di sebalik batu’ jika enggan isytihar harta

  • 2 tahun lalu
Ahli politik tidak sepatutnya takut untuk mengisytiharkan harta sekiranya tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Menurut Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar keengganan mereka untuk berbuat demikian memberikan tanggapan bahawa ada sesuatu yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan pihak berkuasa dan orang ramai.