PRU15 | Penyokong calon tidak puas hati punca kekecohan di Tenom

  • 2 tahun lalu
Kekecohan yang berlaku di pusat penamaan calon di Tenom Sabah pada Sabtu tercetus apabila seramai 300 penyokong Datuk Peter Anthony tidak puas hati lalu cuba memecah masuk pintu dewan DSP Antanom.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dalam satu sidang media memaklumkan, keadaan kembali terkawal selepas pihak berkuasa menyuraikan penyokong yang bertindak luar kawalan.