'Saya mimpi emak' - Diva AA tak jadi lawan abang di Gombak

  • 2 years ago
Selebriti Azwan Ali pagi ini memutuskan untuk tidak bertanding menentang abangnya Azmin Ali sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Gombak.

“Pertama kerana bisikan arwah Mak Tom (ibu). Dia selalu datang dalam mimpi saya, menasihatkan saya jangan bertanding. Kedua, saya mendapat panggilan yang cukup mesra daripada isteri Azmin,” katanya sambil teresak-esak di hadapan pemberita.