Astro AWANI rangkul anugerah antarabangsa, ungguli empat kategori DMA 2022

  • 2 tahun lalu
Astro AWANI mengungguli Anugerah Digital Media Asia 2022 selepas memenangi empat anugerah yang dipertandingkan. Saluran Astro AWANI menerima emas bagi anugerah 'Best Branded/ Sponsored Content Campaign', kategori 'Projek Khas Terbaik COVID-19 untuk 'COVID-19: Data dan Informasi Setakat Ini' dan perak bagi kategori 'Best Newsletter' (Berita Ringkas Melalui Emel Terbaik) menerusi kandungan yang dimuatkan dalam 'Tujuh Topik Terhangat'.