PRU15 | Manifesto pengaruhi keyakinan undi kalangan belia

  • 2 tahun lalu
Golongan belia terutama yang berusia antara 18 hingga 21 tahun akan menilai beberapa perkara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 menerusi manifesto yang diutarakan parti politik kali ini.

Felo Majlis Belia Malaysia (MBM), Kavita Maheendran berkata golongan itu khususnya akan menuntut apa yang kerajaan dapat sediakan bagi memenuhi keperluan mereka sebagai pelajar dan setelah mereka mendapat pekerjaan kelak.