YEF 2022 | Platform terbaik memperkasa golongan belia negara

  • 2 tahun lalu
Mengangkat tema ‘Overcoming Crisis – Dangers And Opportunities’, Forum Ekonomi Belia 2022 (YEF 2022) yang berlangsung pada Sabtu memberi fokus kepada perbincangan terhadap pelbagai isu utama sosio-ekonomi di peringkat negara, rantau dan global.

Presiden Persatuan Alumni Felo Perdana (PFAA), Mistika Idris berkata, forum tersebut mengumpul pemegang-pemegang taruh seperti pihak kerajaan, sektor swasta dan orang awam dalam menentukan hala tuju ekonomi serta masyarakat ketika era pandemik COVID-19 ini.