Helikopter Terhempas | Khidmat Pasukan Doktor Udara PKD Kinta dihentikan sementara

  • 2 tahun lalu
Perkhidmatan Pasukan Doktor Udara Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta akan dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada proses siasatan dan keselamatan pengoperasian susulan insiden helikopter terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata selain daripada pihak berkuasa, penilaian daripada segi pengoperasian juga akan melibatkan perbincangan dengan syarikat sewaan helikopter berkenaan.