WPRCM Ke-73 | Khairy ketuai delegasi Malaysia ke Manila

  • 2 tahun lalu
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia ke-73 (WPRCM) di Manila, Filipina yang berlangsung dua hari bermula Selasa.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, Kehadiran Khairy ke mesyuarat itu juga sebagai Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).