Perantisiswa | K-KOMM komited segerakan agihan perantisiswa

  • 2 tahun lalu
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) komited menyegerakan pengagihan peranti di bawah Program Perantisiswa Keluarga Malaysia kepada 279,188 pemohon yang telah diluluskan menjelang akhir bulan ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu perlu dipercepatkan demi kepentingan pelajar kerana setakat ini hanya 8.3 peratus atau 23,101 peranti sahaja telah diagihkan kepada golongan berkenaan.