Hina Mahkamah | Jho Low, bapa dijatuhi hukuman penjara

  • 2 tahun lalu
Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low serta bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng, dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar pembekuan aset atau perintah injunksi Mareva yang dikeluarkan mahkamah pada Mac dan April tahun ini yang memerlukan mereka mendedahkan lokasi keberadaan selain aset mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, Hayatul Akmal Abdul Aziz, mengeluarkan waran komital itu selepas membenarkan permohonan peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Siva Kumar Kanagasabai.