Inspirasi | Dengan hanya minat, kini miliki taman bunga kertas

  • 2 tahun lalu
Bagi seorang suri rumah, Zubaidah Salleh, dia menjadikan minat kepada inspirasi untuk membina taman pokok bunga kertas atau bougainvillea di rumahnya di Kampung Teluk Kalong, Kemaman.

Dengan hanya berbekalkan saki baki pokok yang ditanam arwah ibunya dia mula mengumpul kembali spesis bunga kertas dari pelbagai sumber.