Lori terbabas punca trafik sesak, sisa kayu bersepah!

  • 2 tahun lalu
Lori terbabas punca trafik sesak, sisa kayu bersepah!

BERITA SEMASA 12 OKTOBER 2022

Sebuah lori bermuatan sisa kayu terbabas di Kilometer 264.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Terowong Menora, Ipoh, Perak, pada Rabu.

Kejadian sekitar jam 8.15 pagi itu menyebabkan semua laluan menghala ke Kuala Lumpur terhalang dan trafik sesak lebih empat kilometer.

Oleh itu, Plus Trafik menerusi ciapannya di Twitter menasihatkan pengguna menggunakan laluan alternatif sementara kerja-kerja pengalihan lori sedang dijalankan.

Artikel: https://bit.ly/3rMa4zR

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa