Unsur Jenayah | Kubur wanita warga emas digali semula

  • 2 tahun lalu
Polis terpaksa menggali semula kubur seorang wanita warga emas selepas kematiannya disyaki terdapat unsur jenayah setelah mendapat perintah kebenaran daripada Mahkamah Kulim.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, kerja penggalian semula kubur mangsa yang ditanam di Tanah Perkuburan Serdang dilakukan pada Jumaat bagi mengeluarkan semula jasad mangsa untuk bedah siasat.